Friday 7 April 2017

Projek B - Pantun

Perhatian
Sambil arus mengalir biasa ,
Si sepat renang di tepi sungai;
Apabila berasa kehidupan selesa,
Mudah lupakan berkat dihargai.

Musim sejuk sawah dikosongkan,
Burung bangau cepat-cepat terbang;
Bila dermawan dalam kesusahan,
Jangan tinggalkannya dengan kebimbangan.

Bagai orang utan melawat ibunya,
Walaupun sudah besar dan dewasa;
Kekal bersyukur terhadap budinya,
Dikembalikan dengan pelbagai jasa.


Saya tertulis pantun ini kerana saya mahu menjadi seorang pekerja sosial yang mendamaikan keluarga-keluarga yang ada ahli keluarga yang jiwa sakit.



Kredit Gambar: AquariumFish.net
Seperti sepat yang renang dalam arus, setiap perkara kelihatan senang dan biasa. Oleh itu, ia selalu tidak menghargai keadaan ia yang baik.


Serupa dengan contoh di atas, apabila kehidupan adalah senang, ahli keluarga akan terlupa jasa baik daripada saudara yang sakit jiwa.



Kredit Gambar: Lawrence William/Audubon Photography Awards

Burung bangau berhijrah semasa musim sejuk kerana tidak ada banyak makanan.

Apabila ahli keluarga menjadi kurang waras dan kehidupan semua orang menjadi tertekan, kita tidak harus seperti kacang lupakan kulit. Jangan cepat menjadi tidak sabar dengan mereka dan tinggalkan mereka untuk menderita bersendirian.



Kredit Gambar: Pengguna Pinterest Luvbat
Seperti orang utan yang setia terhadap ibunya dan tinggal bersama-sama, pantun ini ditulis untuk merayu semua orang untuk menolong dan menanggung ahli keluarga yang kurang waras melalui jagaan, perhatian dan berbual-bual dengan mereka.

1 comment:

  1. Komen

    1. ...yang ada ahli keluarga [yang > sedang] jiwa sakit.

    2. ...keadaan ia ....keadaannya

    3. ....yang [mengalami/sedang] sakit jiwa.

    4. ...untuk [terus] menderita...

    5. ...berbual-bual > perbualan mesra

    terima kasih



    ReplyDelete