Jangan keluar lewat
Jangan
bantah
Jangan asyik
bermain
Jangan menangislah
Pergilah belajar
Masuklah tidur
Pergilah mandi
Mari
tolong saya
Bagai
anak sepat di tohor
Begitu hijau tanpa pengalaman
Ibu bapanya melindungi rapat
Walaupun tak dihargai
‘Pabila menemaniku
Sila bercakap selembut-lembutnya
Sila keluar dan main
Sila menikmati keremajaanmu
Bagai melepaskan
anjing tersepit
Kesibukan
terus mengurung
Ibu
bapanya diabai
Jangan lupa jasa mereka
Jangan lupa jasa mereka
Saya menulis sajak ini kerana orang-orang selalu
mengabaikan ibu bapa mereka akibat kesibukan dalam kehidupan mereka. Sajak ini
ditulis untuk remaja yang akan menjadi lebih dewasa. Rangkap pertama dan kedua
menceritakan tentang arahan ibu bapa semasa kami masih muda, dan rangkap ketiga
mengenai permintaan ibu bapa selepas kami sudah dewasa. Rangkap pertama dan
ketiga menggambarkan ironi antara perkataan-perkataan ibubapa yang berlainan
ketika kami masih muda dan ketika kami sudah dewasa. Kami selalu tidak dapat
memahami niat baik dalam nasihat ibu bapa dan kadang-kala, ini membuatkan kita
bersikap derhaka kepada mereka. Pengurangan rangkap di atas rangkap ketiga dan kelima menandakan kekurangan
komunikasi antara anak-anak dan ibu bapa. Mesej sajak ini ialah untuk
mengingatkan remaja yang bakal menjadi dewasa untuk mengingati dan menghargai
niat-niat baik ibu bapa mereka dan sentiasa mengasihi mereka walaupun sudah
mempunyai lebih banyak tanggungjawab dalam kehidupan.