Tuesday 28 February 2017

Sajak - Ibu Bapa

Keluarga Saya

Video: https://youtu.be/DCeEcRbM6Sc


Ibu Bapa

Jangan keluar lewat
Jangan bantah
Jangan asyik bermain
Jangan menangislah

Pergilah belajar
Masuklah tidur
Pergilah mandi
Mari tolong saya

Bagai anak sepat di tohor
Begitu hijau tanpa pengalaman
Ibu bapanya melindungi rapat
Walaupun tak dihargai

‘Pabila menemaniku
Sila bercakap selembut-lembutnya
Sila keluar dan main
Sila menikmati keremajaanmu

Bagai melepaskan anjing tersepit
Kesibukan terus mengurung
Ibu bapanya diabai
Jangan lupa jasa mereka

Saya menulis sajak ini kerana orang-orang selalu mengabaikan ibu bapa mereka akibat kesibukan dalam kehidupan mereka. Sajak ini ditulis untuk remaja yang akan menjadi lebih dewasa. Rangkap pertama dan kedua menceritakan tentang arahan ibu bapa semasa kami masih muda, dan rangkap ketiga mengenai permintaan ibu bapa selepas kami sudah dewasa. Rangkap pertama dan ketiga menggambarkan ironi antara perkataan-perkataan ibubapa yang berlainan ketika kami masih muda dan ketika kami sudah dewasa. Kami selalu tidak dapat memahami niat baik dalam nasihat ibu bapa dan kadang-kala, ini membuatkan kita bersikap derhaka kepada mereka. Pengurangan rangkap di atas rangkap ketiga dan kelima menandakan kekurangan komunikasi antara anak-anak dan ibu bapa. Mesej sajak ini ialah untuk mengingatkan remaja yang bakal menjadi dewasa untuk mengingati dan menghargai niat-niat baik ibu bapa mereka dan sentiasa mengasihi mereka walaupun sudah mempunyai lebih banyak tanggungjawab dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment